About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Standard Melayu

Sekali lagi kita tersentak dari lamunan alam keMelayuan dan terkejut sakan apabila ada orang seolah-olah mahu membelasah kita di dalam rumah kita sendiri. Email yang saya terima meruntun-runtun jiwa dan menarik-menarik semangat keMelayuan saya yang selama ini terpendam dek keharmonian dan kejernihan hubungan masyarakat majmuk di negara kita walau ia hanya di permukaan atau kulit sahaja.
Salahkah kita jika kita hanya menimbulkan reaksi terhadap sesuatu yang menyentuh hak dan kepentingan kita. Kita tidak membuat laporan polis atau mahu menyaman; kita tidak menghantar kaki pukul untuk membuat perkiraan dan kita tidak pun membalas dengan maki hamun serta menghasut orang lain supaya bertindak. Apa yang kita lakukan hanyalah meluahkannya melalui tulisan. Itupun sekadar memberi pandangan sebagai reaksi. Ini standard Melayu sekarang, macam saya.
Dengan mengandaikan bahawa Perlembagaan Malaysia tidak dipinda dan berubah khusus yang berkaitan dengan hak dan kepentingan Melayu, sikap dan tindakan yang mencerminkan betapa tebalnya kebencian mereka kepada orang Melayu ( dalam segala watak dan keperibadiannya ) semakin begitu ketara.
Dari isu ladang babi berteknologi tinggi, quota kemasukan pelajar kalangan mereka ke IPTA (UiTM), laungan azan yang diminta tidak dikumandangkan, membuang tulisan jawi di papan tanda jalan dengan menggantikannya dengan tulisan China dan Tamil, membantah pembinaan tapak perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, Ampang, berjaya menggantungkan keahlian UMNO Datuk Ismail Ahmad selama tiga tahun - dan senarai ini tentunya akan berterusan dan menjadi lebih panjang berjela. Mereka semakin berani dan biadab terhadap kita. Namun negara ini mempunyai undang-undang kerana ia sebuah negara yang berdaulat. Tapi, apakah sikap dan tindakan mereka ini harus dibiarkan tanpa sebarang reaksi undang-undang?
Baru hendak berkira-kira mengenai perkara ini, kerajaan telah mengambil tindakan dengan menahan dua orang daripada mereka di bawah ISA. Bagi kita, ini juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah. ISA tidak pernah menyelesaikan masalah. Mereka harus dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan. Biar kesalahan mereka dibongkar dan dihukum oleh mahkamah. Dan kita percaya, betapa lemahnya sekalipun mahkamah, masih ada hukuman yang setimpal untuk mereka.

0 Comments:

Post a Comment