About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Adakah perasaan 'berbangsa' yang seharusnya disuburkan dan diperkasakan oleh orang Melayu akan reda dengan menolak sebarang sentimen, konotasi dan manipulasi isu serta orientasi pertubuhan, kepartian atau kemasyarakatan yang berbau perkauman. Apakah sikap apologetik kita terhadap perasaan 'berbangsa' apabila timbul sesuatu masalah akan dapat menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit itu. Apakah 'landasan kaum' ( masih dalam ruanglingkup perasaan 'berbangsa' ) yang menjadi neraca kita menilai, merancang dan membuat sesuatu keputusan terpaksa dicairkan kerana ingin mengambil hati kaum-kaum lain yang bermastautin di negara ini? Apakah hubungan antara kaum di negara kita sudah jernih seperti kristal hingga masing-masing kaum sanggup berkorban untuk kepentingan negara? Apakah pula kayu ukuran kepentingan itu sendiri?

Seperti kata Tun Mahathir, "apakah sudah ada sebarang peningkatan dalam hubungan kaum?" Apakah parti-parti berlandaskan kaum sudah tidak relevan? Apakah slogan 'Malaysian Malaysia' DAP mahu melihat orang-orang Melayu di luar bandar terbela dan menjadi agenda utama perjuangan mereka? Apakah DAP mahu melihat orang-orang Melayu merupakan pemain utama dalam satu-satu bidang perniagaan yang rata-ratanya dikuasai oleh kaum China? Apakah sikap orang-orang China dan India terhadap PDRM dan ATM? Apakah mereka merasa PDRM dan ATM signifikan dalam mempertahankan kedaulatan negara sehingga mereka turut terpanggil untuk menganggotainya? Sanggupkah mereka menerima dan berlapang dada terhadap fakta sejarah bahawa bumi ini asalnya adalah milik Melayu? Dapatkah mereka menerima kenyataan bahawa orang-orang Melayu telah melakukan pengorbanan besar apabila berkongsi hidup dengan mereka?

Bagaimana pula sikap mereka terhadap bahasa Melayu, kebudayaan Melayu, kedaulatan dan ketuanan Melayu dan apa pula dendam dan kebencian mereka terhadap Islam yang rata-ratanya dianuti oleh orang Melayu?

Persoalan-persoalan yang cukup sensitif dan delicate untuk dijawab, tetapi demi Tanah Melayu yang tercinta, jangan jadi 'api dalam sekam'.




0 Comments:

Post a Comment