About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Menyapa Ukhuwah

Polemik hangat yang sedang menggelegak kini ialah tentang perpecahan orang-orang Melayu, tentang tempoh peralihan kuasa dalam UMNO daripada Pak Lah kepada siapapun boleh, tentang peralihan kuasa dalam Kerajaan dari BN ke PR ( dari regimented ke inconsistency ), tentang kos hidup yang membelon, tentang kebangkitan rasisme daripada kalangan yang mendapat elixir ( suntikan tonik ) baru dalam ketidaktentuan politik, tentang kelahiran hero-hero pasca diISAkan dan publisiti besar-besaran mengenainya ( tujuan sebenar ISA adalah untuk melahirkan wira-wira dan budaya hero worship ), tentang kebijakan dan ketololan berpolitik, tentang kek ekonomi Melayu yang semakin mengecil dan tentang apa sudah jadi pada Saiful?

Polemik yang digarap secara bersemangat ini seringkali dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab dan ada kalanya sedikit bias. Para blogger khususnya, memeriahkan lagi pesta lambakan maklumat ke tengah-tengah kancah masyarakat. Mereka lebih komited dan jauh lebih terbuka daripada kalangan press ( media arus perdana dan bercetak ) yang bertugas kerana rutin dan kongkongan. Apapun, masyarakat keseluruhannya dialihtumpu kepada isu-isu besar yang menyangkut perihal survival dan masa depan individu, kelompok atau pertubuhan.

Pada lapisan luar senario yang bersimpang perenang ini, suatu perkara yang harus menjadi titiktolak dan renungan kita bersama ialah kesinambungan jatidiri dan nasib bangsa Melayu, kecemerlangan penghayatan Islam di kalangan mereka dan mewariskan khazanah budaya yang akan menjadi kebanggaan generasi mendatang. Jauh di lapisan dalamnya, orang-orang Melayu wajib kembali bersatu, menyingkir segala rawasit kotor dan menjijikkan serta menyerahkan segala urusan kepada Allah. Kita ada Tuhan, kita ada Kitab dan kita ada warisan adat dan budaya yang gemilang.

Apakah penyatuan di kalangan seluruh orang Melayu suatu yang terlalu ideal dan tidak mungkin? Bukankah 'air yang dicincang takkan putus'?

0 Comments:

Post a Comment