About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Kita tercari-cari dan meneka-neka siapa yang bakal menerajui kerusi PM ( Perabot Malaya ) atau CM ( Courts Mammoth ). Ketika kotak fikiran menerawang mencari jawapan, secara tidak sengaja dan tidak semena-mena terpacul keluar beberapa wajah yang sangat dikenali umum. Abang Najib, kekanda Ku Li, brother Anwar, tok guru Haji Hadi dan ahh...tak mungkin. Tak mungkin wajah terakhir ini sebaris dengan mereka yang ada kelayakan, punya kaliber, berwibawa, ado ghoman ketuo, ahhhh...tak mungkin.

Tetapi otak jahat berkata bahawa dalam dunia politik yang serba mungkin sekarang ini, dengan mengambil kira teori RAHMAN dan abang Najib tidak kesampaian cita-citanya, mungkinkah orang atau tokoh yang ditunggu-tunggu itu, ahhhhhh...tak mungkin.

Apabila visi Malaysian Malaysia menjadi kenyataan, ketika segala batas dan garis pemisah sudah lebur, tatkala meritrokrasi dilaksanakan, status bumiputera sirna ditelan keghairahan gumpalan asap penyembang kedai kopi, institusi Raja dijadikan barang permainan, kedaulatan dan ketuanan Melayu menjadi bahan kajian sejarah, mungkinkah orang yang ditunggu-tunggu itu, ahhhhhhhhh...tak mungkin.

Apakah sewaktu baju Melayu sudah digantikan dengan pakaian baru yang bernama Tamechi ( gabungan fesyen pakaian ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu - Tamil, Melayu, China ), budaya Melayu gagal bertahan justeru asakan dari pelbagai penjuru, orang Melayu lebih gemar menggunakan nama Sepanyol dan Peranchis kerana dorongan dan pengaruh kuat slot telenovela yang diimport, anak-anak Melayu asyik berpeleseran dan bercengkerama tanpa mempedulikan nasib masa depan bangsa, kita semua, termasuk diri saya sendiri, tidak sukar untuk menerima pakai sistem hidup yang sama sekali asing dari para leluhur dan agama Islam yang kita anut; apakah pada ketika itu kita sudah boleh menerima tokoh ini sebagai Ketua, Payung, PM, atau apa saja yang seistilah dengannya.

Mungkinkah orang itu adalah Nallakarupan a/l Sinamthamby? Jangan pertikaikan kemungkinannya. Segala-galanya boleh berlaku.






1 Comment:

  1. rozany said...
    habis. Kiamat pun berlaku

Post a Comment