About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael


Tertarik dengan isi kandungan e-mail yang diperolehi baru-baru ini tentang perbezaan di antara seorang pendatang dengan tuan rumah hasil tulisan Pasquale, kita kemukakan kembali intipati yang sangat bermakna itu. Beliau ada memetik kata-kata Datuk Dr Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, pernah menjadi wakil tetap Malaysia di UNESCO dan mantan Ketua Pengarah DBP.

Di dalam salah satu isu Dewan Masyarakat, Dr Hassan Ahmad ada berkata, "bangsa Melayu sekian lama menjadi tuan di Tanah Melayu semenjak beberapa abad yang lalu. Seperti juga orang China, India, Jepun dan German di bumi mereka".

Bagi beliau isu kedaulatan dan ketuanan Melayu di dalam negara ini tidak pernah menjadi isu atau dipersoalkan sebelum ini. Masalahnya timbul apabila seseorang atau sekumpulan orang cuba menyamakan kedaulatan dan ketuanan Melayu dalam konteks politik, sebagai suatu dasar proMelayu.



Beliau menyebut, sebagai suatu bangsa yang utama ( definitif ) yang empunya negara ini atau tuan rumah atau tuan tanah, ia memiliki dua sifat unggul - mereka adalah pemilik atau tuan rumah kepada negara ini, dan keduanya, sebagai kumpulan majoriti mereka berhak menentukan untung nasib atau halatuju masa depan mereka berdasarkan apa yang mereka mahukan tanpa campurtangan atau perlu mendengar karenah dan serakah kaum-kaum lain yang mendatang dan mengambil keputusan untuk menetap dan menjadikan negara ini tempat naungan mereka ataupun menurut telunjuk mana-mana negara di dunia ini.

'Tuan rumah' dalam hal yang kita bicarakan ini ialah orang-orang Melayu dan kedudukan dan status mereka tidaklah sama dengan kaum-kaum pendatang atau mereka yang datang dari daerah dan lingkungan atau negara lain untuk menetap di sini.

Seterusnya beliau menambah, perlu diingat bahawa ketuanan Melayu di negara ini amat rapat hubungannya dengan konsep kedaulatan Melayu.

Antara ciri yang dipunyai oleh bangsa ini ialah ia merupakan suatu bangsa yang berdaulat, ia memiliki negara dan berkerajaan sendiri.

Orang-orang Melayu sudah lama berkerajaan sendiri semenjak permulaan Kerajaan Melayu-Srivijaya di Palembang dari kurun ke 7 hingga ke 12 lagi. Malah mungkin jauh lebih lama dari itu jika kita mengambil kira kerajaan-kerajaan Gangga Negara, pusat penempatan dan transaksi sosial Cempaka Sari, Langkasuka dan Inderagiri. Kemudian berdiri kukuhnya kerajaan Melayu-Islam Samudera-Pasai dari abad ke 13 di Acheh dan seluruh kawasan Semenanjung sehingga ke abad 15 di Melaka. Ini diikuti pula oleh kerajaan Johor-Riau yang kemudiannya diwariskan kepada kerajaan Melayu-Melaka.

Kata beliau, orang-orang Melayu jangan terperangkap dan terjerumus untuk mempercayai bahawa kerajaan orang Melayu hanya berusia 50 tahun, dengan andaian kemerdekaan yang diberikan oleh penjajah Inggeris ketika menjajah dan menjarah bumi kita suatu ketika dahulu. Sama sekali kita tidak dapat menerima kenyataan ini. Mana mungkin orang Melayu menerima kesempurnaan watak dan berkerajaan dalam tempoh sesingkat itu.

Pada analisis terakhir, bumi ini adalah negara orang Melayu dan kita berkongsi dengan yang lain berlandaskan garis panduan dan prinsip-prinsip tersendiri. Jika sehingga ini orang bukan Melayu merasakan mereka dianak-tirikan atau hidup sebagai warganegara kelas kedua, mereka harus buka minda, angkat punggung dan tanya pada diri sendiri tentang kewajarannya.

0 Comments:

Post a Comment