About Me
- burujerdi
- Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
My Blog List
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
Muslihat terkini Anwar Tun pintas dulu4 years ago
-
Real and present DANGER!5 years ago
-
Hendak Kerja, Sertai Armada5 years ago
-
-
Nik Aziz Dalam Kenangan9 years ago
-
-
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU12 years ago
-
Karnival Jom Pancing Pemuda TKP2 201113 years ago
-
Ucapan Presiden UMNO di PAU 200915 years ago
-
Tun Dr Mahathir
""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.
Anti Politik Wang
Amerisrael
Polemik yang digarap secara bersemangat ini seringkali dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab dan ada kalanya sedikit bias. Para blogger khususnya, memeriahkan lagi pesta lambakan maklumat ke tengah-tengah kancah masyarakat. Mereka lebih komited dan jauh lebih terbuka daripada kalangan press ( media arus perdana dan bercetak ) yang bertugas kerana rutin dan kongkongan. Apapun, masyarakat keseluruhannya dialihtumpu kepada isu-isu besar yang menyangkut perihal survival dan masa depan individu, kelompok atau pertubuhan.
Pada lapisan luar senario yang bersimpang perenang ini, suatu perkara yang harus menjadi titiktolak dan renungan kita bersama ialah kesinambungan jatidiri dan nasib bangsa Melayu, kecemerlangan penghayatan Islam di kalangan mereka dan mewariskan khazanah budaya yang akan menjadi kebanggaan generasi mendatang. Jauh di lapisan dalamnya, orang-orang Melayu wajib kembali bersatu, menyingkir segala rawasit kotor dan menjijikkan serta menyerahkan segala urusan kepada Allah. Kita ada Tuhan, kita ada Kitab dan kita ada warisan adat dan budaya yang gemilang.
Apakah penyatuan di kalangan seluruh orang Melayu suatu yang terlalu ideal dan tidak mungkin? Bukankah 'air yang dicincang takkan putus'?
Tetapi otak jahat berkata bahawa dalam dunia politik yang serba mungkin sekarang ini, dengan mengambil kira teori RAHMAN dan abang Najib tidak kesampaian cita-citanya, mungkinkah orang atau tokoh yang ditunggu-tunggu itu, ahhhhhh...tak mungkin.
Apabila visi Malaysian Malaysia menjadi kenyataan, ketika segala batas dan garis pemisah sudah lebur, tatkala meritrokrasi dilaksanakan, status bumiputera sirna ditelan keghairahan gumpalan asap penyembang kedai kopi, institusi Raja dijadikan barang permainan, kedaulatan dan ketuanan Melayu menjadi bahan kajian sejarah, mungkinkah orang yang ditunggu-tunggu itu, ahhhhhhhhh...tak mungkin.
Apakah sewaktu baju Melayu sudah digantikan dengan pakaian baru yang bernama Tamechi ( gabungan fesyen pakaian ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu - Tamil, Melayu, China ), budaya Melayu gagal bertahan justeru asakan dari pelbagai penjuru, orang Melayu lebih gemar menggunakan nama Sepanyol dan Peranchis kerana dorongan dan pengaruh kuat slot telenovela yang diimport, anak-anak Melayu asyik berpeleseran dan bercengkerama tanpa mempedulikan nasib masa depan bangsa, kita semua, termasuk diri saya sendiri, tidak sukar untuk menerima pakai sistem hidup yang sama sekali asing dari para leluhur dan agama Islam yang kita anut; apakah pada ketika itu kita sudah boleh menerima tokoh ini sebagai Ketua, Payung, PM, atau apa saja yang seistilah dengannya.
Mungkinkah orang itu adalah Nallakarupan a/l Sinamthamby? Jangan pertikaikan kemungkinannya. Segala-galanya boleh berlaku.
Seperti kata Tun Mahathir, "apakah sudah ada sebarang peningkatan dalam hubungan kaum?" Apakah parti-parti berlandaskan kaum sudah tidak relevan? Apakah slogan 'Malaysian Malaysia' DAP mahu melihat orang-orang Melayu di luar bandar terbela dan menjadi agenda utama perjuangan mereka? Apakah DAP mahu melihat orang-orang Melayu merupakan pemain utama dalam satu-satu bidang perniagaan yang rata-ratanya dikuasai oleh kaum China? Apakah sikap orang-orang China dan India terhadap PDRM dan ATM? Apakah mereka merasa PDRM dan ATM signifikan dalam mempertahankan kedaulatan negara sehingga mereka turut terpanggil untuk menganggotainya? Sanggupkah mereka menerima dan berlapang dada terhadap fakta sejarah bahawa bumi ini asalnya adalah milik Melayu? Dapatkah mereka menerima kenyataan bahawa orang-orang Melayu telah melakukan pengorbanan besar apabila berkongsi hidup dengan mereka?
Bagaimana pula sikap mereka terhadap bahasa Melayu, kebudayaan Melayu, kedaulatan dan ketuanan Melayu dan apa pula dendam dan kebencian mereka terhadap Islam yang rata-ratanya dianuti oleh orang Melayu?
Persoalan-persoalan yang cukup sensitif dan delicate untuk dijawab, tetapi demi Tanah Melayu yang tercinta, jangan jadi 'api dalam sekam'.
Kita hanya ingin mengusulkan tiga susuk tegar utama kepincangan kepemimpinan Melayu untuk pencerakinan saksama:
1. hidup dalam kesombongan melulu
2. kemewahan yang melampau
3. berterusan dalam kemaksiatan
Tepuk dada tanya kesedaran. Di mana kita?
Labels: kepemimpinan, Melayu
UMNO lahir di atas semangat untuk 'meMelayukan pemerintahan Inggeris' dan menanggalkan label 'tanah jajahan' dari peta politik Tanah Melayu. Walau ketika itu ada ulama' yang terlibat dalam UMNO, tetapi penglibatan dan pengaruh mereka tidak begitu ketara dan signifikan. Dari perspektif yang agak longgar, 'meMelayukan pemerintahan Inggeris bererti mengguna-pakai seluruh semangat dan kewibawaan sistem pemerintahan Inggeris - kecuali adat istiadat Melayu dan agamanya ( itupun tidak suci dari nodaan Inggeris ).
Oleh yang demikian, beberapa syarat dan ketetapan pihak Inggeris sebelum menyerahkan kuasa kepada anak watan terpaksa diterima tanpa banyak soal - kewarganegaraan secara jus soli kepada kaum pendatang, konsep perkongsian kuasa, sekularisasi dan program indoktrinasi keinggerisan terhadap warga peribumi. Ini perlu setidak-tidaknya untuk mengekalkan kepentingan Inggeris buat sementara waktu di Tanah Melayu. Kewujudan institusi elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar ( dan sekolah-sekolah bukan vernakular dan vernakular lain yang kurikulumnya disemangati Inggeris ), sistem perundangan, orientasi kelab-kelab Di Raja, normalisasi faham dan amalan agama adalah untuk memenuhi prasyarat itu. Begitu juga dengan nama-nama jalan, daerah dan syarikat-syarikat korporat, kesemuanya meninggalkan legasi Inggeris.
Inggeris sama sekali tidak akan berkompromi dari segi peralihan kuasa sebelum wujudnya critical mass, yakni, keadaan dan suasana yang memungkinkan mereka untuk 'angkat bundut' dan 'gulung tikar' dari bumi jajahan. Impak hegemoni politik dan superior race ke atas anak jajahan terhadap mereka harus tebal mendaki di minda yang terjajah. Proses penyuntikan serba kebaratan dimulakan.
Lord Macaulay ketika memaksa kaum peribumi India menerima sistem pendidikan baru di India menegaskan, "Kita harus berusaha sedapat mungkin untuk membentuk satu golongan yang boleh menjadi perantaraan antara kita dengan jutaan rakyat peribumi yang kita perintah - segolongan orang yang masih India kulit dan darahnya tetapi sudah diinggeriskan citarasa, pemikiran, moral dan inteleknya". Hal yang sama juga berlaku di Indonesia apabila Snouck Hurgronje, seorang mastermind dan strategis penjajah Belanda menyarankan kepada pihak Belanda supaya tumpuan diberi terhadap sistem pendidikan bagi melunturkan kekuatan peribumi yang akar tradisi dan budayanya agak kental. Segala nasihat bejatnya dimuatkan lewat bukunya 'De Atjehers' ( 1893 - 1894 ) sehingga membawa kepada penguasaan Belanda ke atas Acheh yang sebelum itu dianggap sebagai kubu kuat Islam dan orang Melayu.
Gagasan dan wawasan yang menyemangati misi mereka di tanah-tanah jajahan juga terbayang dari kata-kata Lord Cromer ( 1908 - seratus tahun yang lalu ) dalam bukunya Modern Egypt, "bahawa England bersedia memberikan kemerdekaan politik sepenuhnya kepada tanah jajahan setelah wujud tersedia generasi intelek dan politikus yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris dan mendokong nilai-nilai Inggeris untuk mengambil alih ( pemerintahan ), tetapi dalam keadaan bagaimana sekalipun, Kerajaan Inggeris tidak akan bertolak ansur walau sesaat terhadap penubuhan sebuah negara Islam yang merdeka".
Dari latar yang sedemikianlah mereka berjaya membendung dan memadamkan api penentangan daripada anak peribumi yang terjajah.
Melalui jalur lebar dan gentian optik, segala sampah sarap maklumat terkumpul untuk dikaut, diangkut dan dikitar semula oleh setiap orang. Ada kalanya sistem penapisan tidak berfungsi dengan elok hingga sampah sarap maklumat tidak diproses dengan cermat, tekun dan teliti. Hasilnya tetap sampah dan tidak menghasilkan apa-apa yang bermanfaat bahkan boleh mendatangkan penyakit yang memudaratkan.
Dalam masyarakat Melayu kini, kita dihadapkan dengan seribu satu warna gambaran dan aneka macam maklumat. Bangsa Melayu pada umumnya sedang dilanda oleh dua jenis gelombang besar yang bakal meranapkan seluruh institusi dan tret budayanya. Gelombang-gelombang ini sedang membentuk riak dan mengumpul kekuatannya untuk memusnahkan bangsa Melayu dan menjadikannya 'padang jarak padang terkukur'. Gelombang-gelombang ini berurat dan berakar dari masyarakat Melayu sendiri. Ia bakal menghancur lumat bangsa Melayu menjadi sampah sarap sejarah.
Pada ketika ini, bangsa Melayu seolah-olah keliru untuk berada di pihak mana hasil perpecahan yang begitu ketara dan amat dirasai di kalangan mereka. Siapa yang benar dan siapa pula yang salah? Kumpulan mana yang benar-benar ingin membawa kesejahteraan dan keadilan dan kumpulan mana pula sebaliknya? Terlalu besar kawasan kelabu yang memeningkan kepala dan mengelirukan. Banyak aspek yang perlu perincian dan penelitian untuk mendapat gambaran yang sebenar tentang apa yang menjadi masalah bangsa Melayu.
Dari soal perubahan kerajaan, penghakisan suara dan kuasa, ketidakadilan sistem, parti-parti politik, tokoh-tokoh pemimpin, wawasan dan halatuju, orientasi isu dan manipulasi, akhlak dan prinsip, mubahalah dan muzakarah - kesemuanya sedang dibaur dalam suatu kancah yang akan menjana kekuatan gelombang-gelombang tadi.
Pada peringkat akar umbinya, bangsa Melayu nyata sedang keliru dan dikelirukan. Mungkinkah ia akan berakhir sepertimana monolog Hang Too Wah setelah membunuh Hang Jee Bah, 'adakah aku yang benar atau Jebat?'. Pada ketika itu nanti, 'nasi sudah menjadi bubur'.
Labels: budaya, Melayu, padang jarak padang terkukur
Ketika berkunjung ke sebuah restoran mamak di Ampang selepas tarawikh bersama-sama beberapa orang sahabat, kami mula meminta menimun. Saya seperti biasa memesan teh tarik halia dan seorang sahabat saya meminta air tembikai ( ganda 2 - maknanya lebih buah tembikainya ). Setelah bersembang, sahabat saya minta ditunjukkan bil dan alangkah tidak patutnya apabila harga air tembikai ( ganda 2 ) tadi ialah RM6 segelas - rasa air lebih dari tembikai. Harga seketul 'wade' pula ialah RM0.60 sen yang saiznya besar sedikit dari duit syiling 50 sen.
Umum mengetahui bahawa restoran mamak kebanyakannya mengambil pekerja dari negara India - malangnya pula pekerja-pekerja tersebut ada yang bukan beragama Islam ( ini soal menyediakan makanan halal kerana saya sendiri pernah memesan mi goreng di sebuah restoran mamak dan disediakan oleh seorang pekerja yang bertatoo di lengan). Mungkin ada yang masuk secara haram dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah. Sesetengahnya tidak langsung ambil peduli soal kebersihan, manakala bau badan mereka juga agak tengik. Senyuman kepada pelanggan - rasanya bau badan mereka menyukarkan mereka untuk mengukir senyuman.
Harga mahal, kotor dan layanan yang tidak mesra pelanggan adalah antara ciri yang melambangkan perniagaan mereka. Tetapi, mereka pantas, sepantas mereka mengira duit dan keuntungan. Jika kita masuk di sesetengah restoran mamak, kita seolah-olah berada di India justeru televisyen yang dipasang hanya menyiarkan filem-filem tamil atau bollywood. Ke mana orientasinya, apa yang hendak diterapkan? Ini tidak termasuk langsung di dalam perkiraan mereka. Rasa 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' bukan prinsip hidup mereka. Mereka merasa selamat kerana rata-rata pengunjung restoran mereka adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Orang Melayu memang tak kisah sangat, apatah lagi mereka beragama Islam.
Apa yang kita mohon ialah supaya pihak PBT menjenguk dan memastikan kebersihan mereka, pihak hal ehwal pengguna memeriksa harga makanan yang dijual, pihak imigresen memantau dan mengesahkan pekerja-pekerja mereka 'lulus hijrah' dan pihak LHDN lakukan pengintipan untuk mewajarkan pendapatan tahunan mereka dengan cukai yang dibayar.
Salahkah kita jika kita hanya menimbulkan reaksi terhadap sesuatu yang menyentuh hak dan kepentingan kita. Kita tidak membuat laporan polis atau mahu menyaman; kita tidak menghantar kaki pukul untuk membuat perkiraan dan kita tidak pun membalas dengan maki hamun serta menghasut orang lain supaya bertindak. Apa yang kita lakukan hanyalah meluahkannya melalui tulisan. Itupun sekadar memberi pandangan sebagai reaksi. Ini standard Melayu sekarang, macam saya.
Dengan mengandaikan bahawa Perlembagaan Malaysia tidak dipinda dan berubah khusus yang berkaitan dengan hak dan kepentingan Melayu, sikap dan tindakan yang mencerminkan betapa tebalnya kebencian mereka kepada orang Melayu ( dalam segala watak dan keperibadiannya ) semakin begitu ketara.
Dari isu ladang babi berteknologi tinggi, quota kemasukan pelajar kalangan mereka ke IPTA (UiTM), laungan azan yang diminta tidak dikumandangkan, membuang tulisan jawi di papan tanda jalan dengan menggantikannya dengan tulisan China dan Tamil, membantah pembinaan tapak perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, Ampang, berjaya menggantungkan keahlian UMNO Datuk Ismail Ahmad selama tiga tahun - dan senarai ini tentunya akan berterusan dan menjadi lebih panjang berjela. Mereka semakin berani dan biadab terhadap kita. Namun negara ini mempunyai undang-undang kerana ia sebuah negara yang berdaulat. Tapi, apakah sikap dan tindakan mereka ini harus dibiarkan tanpa sebarang reaksi undang-undang?
Baru hendak berkira-kira mengenai perkara ini, kerajaan telah mengambil tindakan dengan menahan dua orang daripada mereka di bawah ISA. Bagi kita, ini juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah. ISA tidak pernah menyelesaikan masalah. Mereka harus dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan. Biar kesalahan mereka dibongkar dan dihukum oleh mahkamah. Dan kita percaya, betapa lemahnya sekalipun mahkamah, masih ada hukuman yang setimpal untuk mereka.
Bagaimana kalau kita syurkan kepada Ahli-Ahli Parlimen ( tentunya yang berbangsa Melayu ) supaya menukar nama negara kita kepada Persekutuan Tanah Melayu atau Tanah Melayu? Ini merupakan langkah untuk mengembalikan hak kepada bangsa Melayu, bagaimana fikiran anda?
Labels: Ahli Parlimen, Melayu, PAS, PKR, UMNO
Tertarik dengan isi kandungan e-mail yang diperolehi baru-baru ini tentang perbezaan di antara seorang pendatang dengan tuan rumah hasil tulisan Pasquale, kita kemukakan kembali intipati yang sangat bermakna itu. Beliau ada memetik kata-kata Datuk Dr Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, pernah menjadi wakil tetap Malaysia di UNESCO dan mantan Ketua Pengarah DBP.
Di dalam salah satu isu Dewan Masyarakat, Dr Hassan Ahmad ada berkata, "bangsa Melayu sekian lama menjadi tuan di Tanah Melayu semenjak beberapa abad yang lalu. Seperti juga orang China, India, Jepun dan German di bumi mereka".
Bagi beliau isu kedaulatan dan ketuanan Melayu di dalam negara ini tidak pernah menjadi isu atau dipersoalkan sebelum ini. Masalahnya timbul apabila seseorang atau sekumpulan orang cuba menyamakan kedaulatan dan ketuanan Melayu dalam konteks politik, sebagai suatu dasar proMelayu.
Beliau menyebut, sebagai suatu bangsa yang utama ( definitif ) yang empunya negara ini atau tuan rumah atau tuan tanah, ia memiliki dua sifat unggul - mereka adalah pemilik atau tuan rumah kepada negara ini, dan keduanya, sebagai kumpulan majoriti mereka berhak menentukan untung nasib atau halatuju masa depan mereka berdasarkan apa yang mereka mahukan tanpa campurtangan atau perlu mendengar karenah dan serakah kaum-kaum lain yang mendatang dan mengambil keputusan untuk menetap dan menjadikan negara ini tempat naungan mereka ataupun menurut telunjuk mana-mana negara di dunia ini.
'Tuan rumah' dalam hal yang kita bicarakan ini ialah orang-orang Melayu dan kedudukan dan status mereka tidaklah sama dengan kaum-kaum pendatang atau mereka yang datang dari daerah dan lingkungan atau negara lain untuk menetap di sini.
Seterusnya beliau menambah, perlu diingat bahawa ketuanan Melayu di negara ini amat rapat hubungannya dengan konsep kedaulatan Melayu.
Antara ciri yang dipunyai oleh bangsa ini ialah ia merupakan suatu bangsa yang berdaulat, ia memiliki negara dan berkerajaan sendiri.
Orang-orang Melayu sudah lama berkerajaan sendiri semenjak permulaan Kerajaan Melayu-Srivijaya di Palembang dari kurun ke 7 hingga ke 12 lagi. Malah mungkin jauh lebih lama dari itu jika kita mengambil kira kerajaan-kerajaan Gangga Negara, pusat penempatan dan transaksi sosial Cempaka Sari, Langkasuka dan Inderagiri. Kemudian berdiri kukuhnya kerajaan Melayu-Islam Samudera-Pasai dari abad ke 13 di Acheh dan seluruh kawasan Semenanjung sehingga ke abad 15 di Melaka. Ini diikuti pula oleh kerajaan Johor-Riau yang kemudiannya diwariskan kepada kerajaan Melayu-Melaka.
Kata beliau, orang-orang Melayu jangan terperangkap dan terjerumus untuk mempercayai bahawa kerajaan orang Melayu hanya berusia 50 tahun, dengan andaian kemerdekaan yang diberikan oleh penjajah Inggeris ketika menjajah dan menjarah bumi kita suatu ketika dahulu. Sama sekali kita tidak dapat menerima kenyataan ini. Mana mungkin orang Melayu menerima kesempurnaan watak dan berkerajaan dalam tempoh sesingkat itu.
Pada analisis terakhir, bumi ini adalah negara orang Melayu dan kita berkongsi dengan yang lain berlandaskan garis panduan dan prinsip-prinsip tersendiri. Jika sehingga ini orang bukan Melayu merasakan mereka dianak-tirikan atau hidup sebagai warganegara kelas kedua, mereka harus buka minda, angkat punggung dan tanya pada diri sendiri tentang kewajarannya.
Dalam akhbar The Star keluaran 3 September, 2008 ruangan Your Opinion, 3 pucuk warkah dimuatkan kelihatan seolah-olah mendambakan sebuah masyarakat majmuk yang tulen tanpa prasangka kaum. Namun, di sebalik ungkapan-ungkapan ayat yang tertulis, nyata mengimbaukan suara perkauman jati yang tiada kompromi. Soal ketuanan Melayu disangsi dan dipertikaikan. Soal wibawa Islam dicabar. Bangsa Melayu dilihat sebagai suatu bangsa zalim yang memperkosa hak kaum-kaum lain di bumi Melayu ini. Hanya kerana suatu kenyataan 'yang terlebih semangat' dalam demam pilihanraya baru-baru ini, segala kelemahan bangsa Melayu didedah, haknya diinjak, maruahnya dipalit dan kesabarannya diuji. Kita tidak hendak menari mengikut rentak dan alunan lagu perkauman, tetapi jangan sampai ia merendah-rendahkan martabat minda, maruah dan kebijakan orang Melayu. Sudah cukup lama kita menyaksikan 'orang lain' merajalela membidak catur kuasa, mengagih-agihkan khazanah dan kekayaan bumi serta sewenang-wenang 'membeli' harga diri orang Melayu. Sudah cukup lama kita membiarkan 'orang lain' bersandiwara menunjukkan kesetiaan terhadap bumi ini, namun di sebalik itu semua, mereka mempunyai suatu matlamat utama yang hendak dicapai - menjadikan orang Melayu ibarat 'melukut di tepi gantang' , 'mengemis di bumi sendiri' sehingga realiti 'bumi dipijak milik orang' suatu kenyataan.
Panas yang masih lagi terasa bahangnya akibat dari tuntutan demi tuntutan yang dibuat oleh Saqoi ( entah apa namanya ) , Hindraf, kes wanita ( yang kononnya rakyat keturunan China ) yang disuruh telanjang dalam balai polis, tindakan biadab Wee Meng Chee dan percikan-percikan api di sana sini - akan kembali memanas dan membahang dan dengarnya ada satu pihak yang akan berpiket esok untuk membantah pembinaan tapak perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, Ampang. Sampai bila keadaan ini akan dibiar berlarutan tanpa henti. Belum masalah-masalah sensitif lain yang turut disinggung dan disondol oleh mereka.
Akhirnya, quo vadis ( ke arah mana ) bangsaku?