About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Jom Berubah?

Kita pernah berwacana mengenai hasrat untuk maju menurut acuan kita sendiri, tanpa kecenderungan untuk memakai format orang lain atau negara lain. Tekad yang disemat untuk mengadakan social engineering berdasarkan formula bangsa dengan segala pengalaman sejarah dan pengolahan nilai tersendiri tampak agak sedikit longgar. Soalan krusialnya ialah apa dan bagaimana formatnya yang hendak diterapkan?

Pelajaran utama yang diperolehi oleh mana-mana bangsa terjajah ketika hendak meluncuri era dekolonialisasi ialah bahawa kebebasan politik tanpa kebebasan budaya dan ekonomi tidak akan membawa apa-apa makna, sedang sistem politik yang melatari pengamalnya yang dikatakan sudah merdeka masih terikat ketat dari segi jiwa dan semangatnya dalam perdu dan jaringan kolonial. Memang sekarang bukan lagi zaman kolonial, tetapi ia bukan hanya merujuk kepada penjajahan wilayah geografikal semata-mata. Bagaimana dengan nilai, sikap, kecenderungan dan orientasi pembinaan modal insan, malah cara kita berfikir? Apakah kita sudah merdeka?

Pernah para pemimpin Melayu menggagaskan Kongres Kebudayaan Melayu ( era 1950an ) dan Revolusi Mental ( era 1970an ), namun ia masih terdampar dalam lembah dan semangat zaman kolonial. Pernah juga kita dianjurkan untuk menjelajah, meneroka dan mengutip butiran bernilai dari Dunia Timur dan Barat, soalnya apa yang sudah berjaya kita pelajari dan hayati?

Revolusi yang hendak kita tempa ialah bersangkutan dengan nilai-nilai. Ia bukan masalah struktur kuasa atau agihannya, bukan persoalan checks and balances, siapa atas siapa atau siapa yang menerajui pemerintahan dan perkara-perkara lain yang menjadi persoalan sentral orang-orang politik. Malah kita orang-orang politiklah yang banyak diragam dan digaulkan dengan pengaruh kolonial. Bagi kita pengertian politik itu sendiri membawa maksud 'seni tentang helah dan serba berkemungkinan'.

Kita giat melakukan nepotisme, berkompromi dengan prinsip, menyeleweng, berpura-pura dan double standard, fitnah dan adu domba. Kesemua nilai tersebut terangkum di dalam satu istilah yang paling membinasakan tetapi rata-rata diamalkan - pragmatisme. Nilai-nilai yang dipegang sentiasa berubah-ubah, manakala segala matlamatnya boleh dipinda menurut apa yang 'mungkin'. Kita lahir dari sekolah Plato, Aristotle, Machiavelli, Hobbes, Locke, Mostesquieu, Marx atau Mill. Kita belajar dari guru-guru yang menutur setia segala yang terkandung di dalam paradigma politik Barat dan setengah-setengahnya dari Timur sendiri. Kita diajar untuk berunding dengan siapa saja, di mana saja, bila masa saja dan untuk apa saja asal kepentingan masing-masing terjamin. Pendeknya, kita boleh sampai untuk menjual prinsip dan menggadai maruah asalkan hajat kesampaian.

Dalam rangka membawa bangsa maju menurut acuan sendiri, apakah sudah kita memilih dan memilah serta menetapkan nilai-nilainya? Tahun baru Hijriyyah menggesa kita untuk berubah. Berubah ke arah mana ya?



3 Comments:

  1. Cucu Tok Selampit said...
    Assalamualaikum Tuan,

    Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah & 2009 Masihi. Perjuangan masih panjang.

    Cheers.

    Cucu tok Selampit.
    burujerdi said...
    Salam Ukhuwah Tuan,

    Semoga ikatan maya kita berkekalan dan semakin kukuh kerana agama, bangsa dan tanah air.

    Terima kasih kerana mengingatkan saya.

    Burujerdi
    Alang Sepang said...
    Assalamualaikum Bad,

    Selamat berjuang....
    Lepas ni ada komen lagi.
    ok.

Post a Comment