Blog Archive
About Me
- burujerdi
- Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
My Blog List
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
Muslihat terkini Anwar Tun pintas dulu4 years ago
-
Real and present DANGER!5 years ago
-
Hendak Kerja, Sertai Armada5 years ago
-
-
Nik Aziz Dalam Kenangan9 years ago
-
-
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU12 years ago
-
Karnival Jom Pancing Pemuda TKP2 201113 years ago
-
Ucapan Presiden UMNO di PAU 200915 years ago
-
Tun Dr Mahathir
""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.
Anti Politik Wang
Amerisrael
Ketika diadakan persidangan tentang masalah imigrasi dan lebihan penduduk di Washington pada sekitar 2005, Victor Davis Hanson, seorang profesor di sebuah kolej menyorot permasalahan tersebut lewat bukunya yang terbaru berjodol Mexifornia. Beliau menjelaskan bagaimana imigrasi, sama ada sah atau haram, sedang galak memusnahkan Amerika. Gejala ini sedang mewabak di seluruh Amerika dan akan menghancurkan apa yang disebut oleh orang-orang Amerika sebagai the American dream - impian rakyat Amerika.
Sejurus selepas itu, mantan Gabenor Colorado, Richard D. Lamm ( 1975 - 1987 ) bangun dan menyampaikan ucapannya yang dianggap dan disifatkan sebagai memukau dan mempersonakan. Ucapannya berligar di sekitar kaedah untuk menghancurkan Amerika. Tidak ada sebuah negarapun yang berjaya lolos zaman. Arnold Toynbee sendiri pernah menyimpulkan bahawa setiap peradaban besar dan agung melalui era jatuh-bangunnya dan apabila kita mengadakan bedah siasat terhadap sejarah, kita akan melihat setiap bangsa hancur kerana perbuatan membunuh diri sendiri.
Lamm kemudian menggalurkan lapan kaedah bagaimana Amerika boleh hancur lebur dan dimusnahkan.
Pertama, jadikan Amerika sebuah negara yang berbilang bahasa atau beraneka budaya. Sejarah membuktikan bahawa tiada negara yang mampu bertahan terhadap ketegangan, konflik dan antagonisme hasil dari kepelbagaian bahasa dan budaya. Sejarah masyarakat berbilang bahasa dan budaya yang tidak mahu surut kepada tuntutan asimilasi adalah sejarah yang penuh dengan ketegangan, konflik, perbalahan dan tragedi. Begitulah yang terjadi di Kanada, Belgium, Malaysia, Lubnan dan bagaimana Pakistan dan Cyprus sudah berpecah dan memerintah sendiri, Nigeria sedang bergelut dengan krisis etnik akibat beberapa siri pemberontakan yang berpanjangan. Perancis menghadapi kesukaran berhadapan dengan masalah yang dicetuskan oleh etnik Basque, Breton dan Corsica.
Kedua, cipta masyarakat yang beraneka budaya dan galakkan golongan imigran mengekalkan identiti budaya masing-masing. Adakan peruntukan dalam undang-undang yang memelihara identiti budaya masing-masing dan menikmati persamaan taraf. Jika berlaku apa-apa ketidakwajaran, ia adalah disebabkan oleh bangsa majoriti pribumi atau nusa teras negara tersebut.
Ketiga, kita jadikan Amerika sebuah negara 'Hispanik Quebec' tanpa sebarang kesukaran. Kuncinya adalah untuk meraikan kepelbagaian dengan mengesampingkan kesatuan. Tunjukkan kepada dunia betapa kayanya budaya Amerika. Seperti yang diungkapkan oleh Benjamin Schwarz di dalam Atlantic Monthly baru-baru ini, 'Kejayaan ketara dari pengalaman masyarakat berbilang etnik dan budaya kita mungkin dapat dicapai. Bukan melalui tolak ansur tetapi hegemoni. Tanpa penguasaan dan pemaksaan suatu kumpulan etnik apa ertinya untuk menjadi seorang Amerika, yang tinggal bagi kita cuma sikap tolak ansur dan kepelbagaian yang menyatukan kita'.
Kita akan menggantikan landasan melting pot ( unsur pemersatu ) dengan kaedah mangkok salad ( kerencaman ). Setiap etnik perlu menonjolkan perbezaan-perbezaan mereka dari mencari titik-titik persamaan sebagai seorang Amerika.
Keempat, setelah semua ini terlaksana, kita perlu memastikan kumpulan demografik yang paling cepat tumbuh dan membiak akan menjadi paling kurang berpelajaran. Kita akan memasukkan kelompok kedua yang wakili rakyat kelas bawahan, tidak berpelajaran, kurang mampu berasimilasi dan antagonistik ke daftar kependudukan kita. Pastikan mereka daripada kalangan 50% kelompok tercicir dari sekolah.
Kelima, kemudian kita perlu meminta syarikat-syarikat gergasi, sektor korporat dan multinasional menyumbang dana bagi membiayai usaha-usaha tersebut. Kita perlu melabur dalam mengekalkan identiti etnik. Kita akan mencipta dan menyubur budaya 'pemangsaan' - victimology. Kita perlu menanamkan bahawa sebarang hambatan dan sekatan terhadap golongan minoriti adalah angkara dan kesalahan golongan majoriti. Kita perlu membina 'industri ketidakpuasan hati' bagi meletakkan kegagalan golongan minoriti ke atas pundak kelompok majoriti.
Keenam, kita perlu menggalakkan rakyat memiliki dua kerakyatan dan kesetiaan yang berbelah bahagi. Kita harus meraikan kepelbagaian. Istilah ini menekankan tentang perbezaan. Di merata-rata dunia, masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa sentiasa saling membenci satu sama lain. Kebiasaannya, manusia kurang menghargai nilai kesatuan yang memantapkan sesebuah negara dan kita harus mengambil kesempatan dari kedangkalan manusia ini.
Jika kita boleh memberi penekanan kepada aspek pluribus ( kepelbagaian ) berbanding aspek unum ( kesatuan ), kita berupaya membalkankan negara Amerika seperti yang berlaku ke atas Kosovo. Selepas itu, kita boleh mencari kata-kata yang sesuai bagi menjauhkan rakyat dari berbincang dan berbicara mengenainya. Kata-kata yang menakutkan orang seperti perkataan 'sesat' pada kurun ke 16 dahulu. Ia mampu menyekat perbahasan dan menghambat pemikiran. Perkataan-perkataan seperti rasis atau xenophob dikira berupaya menghentikan segala-galanya.
Akhir sekali, kita perlu menyaring buku karangan Victor Davis Hanson ini, Mexifornia, yang boleh disifatkan sebagai amat merbahaya bagi sebarang usaha untuk menghancurkan Amerika.
Selepas menyampaikan ucapannya, beliau duduk dan kelihatan mengesatkan kelopak matanya. Ucapan beliau tidak disambut dengan tepukan gemuruh atau kata-kata pujian. Semua hadirin kelihatan tercengang seolah-olah putaran waktu sudah berhenti. Mungkin bagi mereka masalah yang bakal mendepani rakyat Amerika jauh lebih rumit dan getir dari apa yang cuba diluahkan dalam ucapan Lamm.
Bagaimana pula kita?

Labels: Amerika, asimilasi, kepelbagaian, kesatuan, rasis
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu