About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Belum reda kaum pendatang membuat onar dan kekecohan, tatkala api kemarahan orang Melayu masih hangat dan berasap, sekonyong-konyong timbul pula karenah mual kenyataan ofensif yang dimuntahkan oleh Tan Lian Hoe, Ketua Wanita Gerakan mengenai orang Melayu. Seperti yang diberitakan, beliau menyifatkan orang Melayu sebagai golongan muhajir dari kepulauan Melayu di Nusantara sama sepertimana kaum China dan India dari negara masing-masing. Pelbagai pihak tampil menjawab dengan membentang hujah sejarah, politik dan peradaban. Orang Melayu kelihatan defensif dan apologetik.

Di sini kita tidak bertujuan untuk menyorot kembali fakta sejarah dan meneropong kronologi kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Apa yang hendak kita sentuh ialah sifat dan perwatakan anak cucu kaum pendatang ini setelah mereka diberi taraf kerakyatan oleh para pemimpin Melayu; setelah jurang ketidakadilan kaum dileburkan, setelah ruang dibuka seluas-luasnya kepada mereka untuk mengaut segala rezeki yang terdampar di bumi ini dan setelah mereka mengecapi sebuah kehidupan yang jauh lebih baik berbanding dengan para leluhur di bumi asal mereka.

Kita telah melihat dan merasai pengalaman pahit apa yang telah mereka lakukan pada insiden atau tragedi 13hb Mei 1969. Kita telah juga melihat dan mengesan komplot dan konspirasi mereka apabila mereka menyogokkan tuntutan demi tuntutan setelah menyedari orang-orang Melayu berada dalam keadaan lemah dan bertelagah. Pada waktu krisis perlembagaan, konfrontasi team A dengan team B di dalam UMNO pada tahun 1988 hingga membawa kepada pengharaman UMNO, kes pemecatan DSAI dan munculnya gerakan reformasi dan akhir sekali apabila wakil rakyat daripada kalangan mereka memenangi kerusi yang lebih banyak pada PRU ke 12 yang baru lalu, mereka semakin tegar, berani dan biadab. Jelasnya, apabila orang-orang Melayu bermasalah dan berkeadaan lemah, mereka melangkah mara dengan derap yang lebih sekata dan tersusun. Mereka mencanangkan berbagai-bagai ketidakadilan ( kononnya ), salah guna kuasa orang Melayu dan mencabar peruntukan Perlembagaan tentang hak dan keistimewaan orang Melayu. Desakan, tuntutan dan kehendak mereka tidak akan terhenti di situ. Atas nama 'perubahan dan kemajuan', mereka akan terus mencabar dan mengganggu-gugat status quo orang Melayu.

Tidak kira sama ada di dalam PR atau BN, mereka akan setia selagi selesa dengan perkembangan keadaan. Namun, apabila mereka merasakan kesempatan terbuka untuk mereka mendesak dan bertindak, tiada apa yang menghalang mereka dari mendapat apa yang mereka inginkan. Dari segi perkiraan politik, sudah tentulah parti-parti dominan Melayu sama ada dalam PR atau BN akan menawarkan sesuatu yang lebih kepada mereka demi undi dan kuasa. Akhirnya, keuntungan berada di pihak mereka.

Masih segar dalam ingatan kita bagaimana mereka mengarak sebuah penyapu besar di atas lori sebagai simbol untuk menyapu keluar orang-orang Melayu dari tanah tumpah darah mereka sendiri sebelum berlakunya tragedi 13 Mei dahulu. Jangan biarkan ia berulang. Orang Melayu jangan jadi macam 'anjing yang tetap bercawat ekor, walaupun 10 jong sudah masuk ke pelabuhan'.






1 Comment:

  1. red1 said...
    Salam Saudara Brujerdi dan syukran kerana melawat serta meninggalkan komen bernas di blog hamba.

    Harap-harap saudara boleh terbit buku dan bolehlah mendapat rezeki darinya, biiznillah.

    Yang penting sudah ada tertera dalam intro profail saudara iaitu nyatanya kejujuran dalam pandangan politik dan falsafah hidup dengan mengkisahkan apa yang tersirat dan cita-cita diri.

    Itu lebih menyakinkan daripada ahli politikus yang berkata ingin berjuang untuk negara tetapi sebenarnya sendiri semata-mata tanpa menghiraukan orang lain.

Post a Comment