Blog Archive
About Me
- burujerdi
- Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
My Blog List
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
Muslihat terkini Anwar Tun pintas dulu4 years ago
-
Real and present DANGER!5 years ago
-
Hendak Kerja, Sertai Armada5 years ago
-
-
Nik Aziz Dalam Kenangan9 years ago
-
-
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU12 years ago
-
Karnival Jom Pancing Pemuda TKP2 201113 years ago
-
Ucapan Presiden UMNO di PAU 200915 years ago
-
Tun Dr Mahathir
""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.
Anti Politik Wang
Amerisrael
Tun Dr Mahathir menelah kemungkinan Anwar akan masuk semula ke dalam bakul UMNO. Bagaimana nanti kalangan yang amat berkepentingan di dalam UMNO menerima kehadiran Anwar kembali? Sudah pasti bergolak; menggelegak dan menggejolak. Ada yang akan merasa cemas, kurang senang, iri hati dan dengki, manakala sesetengah kalangan pula akan menyambut Anwar dengan tangan terbuka, hamparan permaidani merah, renjisan dan pilisan bagai pengantin yang menawar rindu serta imaginasi laba yang akan diraih. Tidak kurang pula yang akan marah, menghentak meja dan membaling kerusi.
Anwar bukan calang-calang figur. Beliau tersenarai dalam ikon high profile; bukan setengah masak dan mediocre seperti yang rata-rata terdapat kini. Dari seorang pemimpin pelajar, pemimpin pertubuhan belia dan parti politik, belum ada yang boleh dikatakan hampir dengannya, sama ada dari segi ketangkasan berpidato, ketajaman menulis dan berhujah, mengatur strategi dan tragedi, mengemukakan gagasan dan wawasan serta menahan dan menepis asakan. Beliau terbukti tahan diuji; menghadapi ranjau dan tribulasi yang bukan kepalang tanggung. Banyak pihak yang merasa kehadiran beliau sebagai suatu ancaman, sementara ada pula yang menanti kepulangannya ke pangkuan UMNO macam anjing yang terjelir lidah bila berhadapan dengan tuannya.
Pengalaman beliau di pentas lokal dan global sangat mencakup dan mengakar. Beliau mampu mengekalkan originality; dari segi stail dan imej. Gaya kepemimpinannya dicemburui dan diikuti sehingga ada yang tersasau meniru-niru gelagat dan tingkahnya, suara, nada dan lenggoknya. Beliau tampil membawa watak yang sakral, walau cuba dipalit dengan pelbagai anasir kotor dan menjijikkan. Di kalangan kawan, ada yang tersilap hitung, menjangkakan beliau akan rebah kecundang dan pupus ditelan sejarah. Ramai yang keciwa kerana tidak mampu mengukur jarak dan merentas masa ketika Anwar melangkah. Apapun, Anwar kini menjadi pusat tumpuan hampir semua orang.
Persoalan besarnya pula ialah mampukah Anwar menyatu dan menyelamatkan Melayu? Beliau dihimpit oleh PKR yang tiada berideologi, tetapi kononnya menjuarai kepentingan semua kaum. Beliau diperhati oleh PAS dan DAP yang dari segi ideologi dan matlamat akhir nyata secara diametrikal saling bertentangan. Perkembangan beliau diikuti dengan penuh minat oleh semua komponen BN. Langkah, tindakan dan keputusan yang bakal diambil oleh Anwar dianggap derap keramat yang boleh memukau kawan dan lawan. Namun, sekali lagi, dapatkah Anwar menyatu dan menyelamatkan Melayu?

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)