About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Showing posts with label Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Yahudi. Show all posts


Ramai kalangan penganalisis meramalkan Amerika akan menghadapi 'zaman kelam'nya setelah dipaksa untuk memenuhi agenda sulit pihak Yahudi. Rakyat Amerika ( bukan kerajaannya ) kini terpaksa memikul beban bencana yang dilakar dan ditempah oleh komplot Zionis. Mereka sedang menyempurnakan tugas meruntuhkan Amerika menjadi puing dan debu sejarah.

Pakatan sulit perbankan yang diterajui oleh kelompok Yahudi totok - Rothschild yang memiliki Bank Simpanan Persekutuan Amerika serta khazanah Amerika yang lain - sangat komited untuk mengujudkan sebuah Kerajaan Dunia. Mana-mana negara berdaulat ( tanpa mengira dasar dan ideologi negara tersebut ) sudah tentu akan menjadi penghalang terhadap segala perancangan mereka dan mesti dijatuhkan.

Bagi Nathanael Kapner, terdapat 6 Agenda yang dikemudi oleh pihak Yahudi untuk menundukkan Amerika:

Keruntuhan Budaya Amerika : Ini dicapai dengan meruntuhkan segala sendi dan landasan sosial, moral dan intelektual rakyat Amerika melalui penguasaan media massa, internet serta kurikulum sekolah dan kolej kerajaan.

Kebanjiran pendatang asing dengan membawa pelbagai masalah kronik dan kewujudan multikulturisme, di samping penggalakan seks bebas merupakan sentuhan akhir yang akan menghancurkan budaya Amerika.

Keruntuhan Sektor Industri Amerika : Ini dicapai melalui apa yang dipanggil sebagai amalan perdagangan 'bebas' dan 'terbuka' ( sebenarnya ini bukan menjadi hasrat pengasas negara Amerika dahulu ), kerugian sektor pembuatan dan perkhidmatan serta pengeksportan sektor pekerjaan Amerika ke negara-negara Dunia Kedua dan Ketiga.

Keruntuhan Sektor Kewangan Amerika : Ini tercapai menerusi prinsip riba' dan penguasaan seluruhnya Bank Simpanan Persekutuan terhadap pembekalan wang US. Penguncupan sektor berasas industri, meningkatnya penggangguran serta beban hutang, Amerika secara literalnya boleh dianggap muflis.

Pakej untuk menyelamatkan beberapa tokoh perbankan Yahudi yang terpilih serta institusi-institusi mereka yang bejat melalui wang rakyat Amerika menggugat kestabilan kewangan Amerika sendiri.

Keruntuhan Politik Amerika : Ia berpunca dari penipuan dan permainan politik kotor selama berdekad-dekad dalam sejarah kerajaan Amerika. Semenjak tragedi pembunuhan JFK, politik Amerika ditentu dan dicorakkan oleh keluarga perbankan Yahudi di London yang secara bijak membiarkan rakyat Amerika berputar dalam lingkaran yang tiada berpenghujung sambil mencipta agenda 'perubahan' yang akan dikemukakan oleh setiap Presiden yang terlantik.

Penguasaan Rumah Putih oleh kelompok Obama- Emanuel akan melengkapkan wajah fasisme kerajaan Amerika.

Keruntuhan Dollar Amerika : Ini dicapai melalui beberapa manipulasi sektor ekonomi dan kewangan. Keadaan hiperinflasi dijangka akan melanda Amerika, diikuti oleh cengkaman maut stagflasi.

Keruntuhan Pengaruh Amerika : Ini dengan mudah dicapai melalui peperangan di Iraq dan Afghanistan, penggunaan sewenang-wenang dan berleluasa senjata nuklear serta pembunuhan kejam empat juta nyawa manusia semenjak Perang Teluk yang pertama lagi.

Keruntuhan ini akan lebih ketara menjelang pertengahan tahun 2009 ini. Kesemua ini akan memusnahkan Amerika dan merencati kedaulatannya sambil membuka pintu bagi kelompok Yahudi menjerut dan mencengkam Amerika habis-habisan.





Salahuddin Ayyubi membebaskan Jerusalem pada tahun 1187 setelah kota suci itu dikuasai oleh tentera Salib selama 88 tahun. Sebelum operasi pembebasan tersebut berjaya terlaksana, Salahuddin terpaksa berunding dengan penguasa-penguasa di Mesir dan menyatukan wilayah-wilayah Islam lain yang sedang berpecah-belah dan membawa mereka untuk duduk di bawah panji pemerintahan Abbasiyyah yang berpengkalan di Baghdad. Fakta perpecahan inilah yang terpaksa ditelan oleh umat Islam sekian lama sehingga menyebabkan mereka terpukul oleh ombak ganas tentera Salib sementara kehadiran Salahuddin dilihat sebagai penebus kembali maruah yang sudah tercemar itu.

Al-Quds terletak di tengah-tengah bagai jantung kepada umat Islam. Status yang diberikan kepadanya mencerminkan taraf dan wibawa umat. Degupan jantung Jerusalem sudah terlalu lama bergejolak, bergegar dan meratapi peneledoran umat hingga mengakibatkan ia tersangkut kembali dalam jaring penjajahan. Tubuhnya menjadi saksi ketika ia dirobek, dijarah dan dibelenggu. Bumi legasi kenabian yang sentiasa mengimbau suara langit kini merintih sakit kerana diceroboh Yahudi. Ia diasak dan direntap hingga lemas, ia dikekang dan dirantai serta dicampakkan dek gelegak kepanasan dan nafsu buas Yahudi. Satu billion lebih umat Islam di dunia tidak boleh berbuat apa-apa. Kita sekadar menyatakan simpati terhadap apa yang diperlakukan ke atas bumi para anbiya' itu.

Keruntuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kemunculan negara-negara bangsa umat Islam yang terpisah-pisah selepas peperangan Dunia Kedua menyiat-nyiat lagi luka Jerulasem yang sudah sedia parah. Terlalu jerih untuk kita mengingati semula zaman mandat yang diagih oleh pemerintahan kolonial Inggeris, keserakahan zionisme, kecelakaan deklarasi Balfour ( 1917 ), pemindahan Yahudi secara berbondong-bondong ke Palestin, drama pemencilan umat dan pengerdilan semangatnya dalam ruanglingkup dan gagasan negara bangsa serta kelahiran 'anak haram' PBB yang dinamakan Israel.

Memang, zionis dengan segala gelagat dan kebiadabannya tidak berhak ke atas Palestin, manakala kewujudan negara Israel pula tidak sah sama ada ditinjau dari segi sejarah, undang-undang atau agama ( ini tidak termasuk mitologi zionis ). Israel dinamakan sebagai sebuah negara sempena pencerobohan dan perkosaan ke atas bumi anbiya' serta kejayaan mereka memperorak-perandakan umat Islam yang bermastautin di situ. Ia adalah harta rampasan dan mesti dipulangkan kembali kepada empunyanya, yakni umat Islam. Di sinilah terletaknya maruah umat, dan pengembalian Jerusalem kepada umat Islam bukan kerana tuntutan dan arahan OIC ( itupun sekiranya ada dalam agenda perjuangannya ), ia isyarat dan mandat keagamaan.

Kepentingannya bukan kerana ia akan menjadi ibu negara Palestin, tetapi kerana Jerusalem adalah kepunyaan umat Islam seluruhnya. Ia bukan milik Palestin atau Arab semata-mata.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di Turki dengan tertegaknya negara sekular Turki moden di bawah teraju Kamal Atarturk dilihat oleh para sejarawan sebagai plot perkisahan yang dilatari oleh adu domba dan skema rahsia Yahudi. Rakyat dikekang dan dipaksa untuk menerima perubahan atas nama 'kemajuan' dan 'pembangunan'. Segala legasi, ketinggian peradaban dan dinamisme Islam tertanam jauh ke dalam perut bumi. Umat Islam tercabut dari akar tradisinya dan dilepaskan bagai anak ayam kehilangan ibu. Sekongkolan tripartite Yahudi-Amerika-Inggeris sudah mencapai puncaknya ketika itu.

Rentetan dari peristiwa itu, lanskap politik dunia berubah dengan kemunculan dan kewujudan negara bangsa baru yang merdeka. Masing-masing mencarta haluan dan matlamat negara yang baru terlepas bebas dari kongkongan penjajahan secara menyendiri dan berasingan. Apa yang jelas ialah peminggiran Islam dan proses penghakisan tret, nilai dan pandangan alam ( worldview ) Islam daripada pemikiran umatnya. Yahudi melalui panji Dunia Barat menuangkan segala kekotoran ke dalam kotak pemikiran umat sehingga ia menjadi sangat tercemar dan keliru. Segala-gala yang dilakukan oleh Dunia Islam tidak akan terkeluar dari garis sempadan yang dipancang oleh Dunia Barat. Contoh klasik lain ialah apa yang berlaku di Mesir.

Kelahiran Muhammad Abduh dengan pemikiran radikal Islamnya tidak mampu menahan impak ganyangan Yahudi. Pola masyarakat Mesir sudah berubah. Kecenderungan mereka sudah dianjak. Islam hanya digunakan untuk menguruskan soal buaian dan kuburan kerana yang lain sudah diserahkan kepada kebijakan Barat vis a vis komplot Yahudi. Begitulah yang terjadi pada sebilangan pemimpin Mesir.

Anwar Sadat berjaya merubah suatu pergerakan massa menjadi sebuah 'revolusi' pada tanggal 15hb Mei, 1971. Ada kalangan yang menganggap ia setaraf, jika tidak pun lebih berjaya dari kodeta Gamal Abdul Nasser pada 23 Julai, 1952 di Mesir. Beberapa hari selepas peristiwa besar itu, Anwar Sadat terus memberi ultimatum kepada rakyat Mesir, "illi yaftah buqquh ha afrumuh" ( saya akan cantas siapa saja yang membuka mulut ). Tidak harus ada penentangan, kebangkitan atau bangkangan kerana Anwarlah satu-satunya ketua, the boss; summa sedes capit non duos ( hanya seorang sahaja yang perlu berada di atas ). Seperti biasa, guru, dalang dan sekutunya adalah Yahudi dan Amerika. Kemudian kita melihat Mesir mengalami proses pembaratan ( westoxication ) yang amat galak dan giat walaupun masih berdirinya Universiti Al-Azhar yang kononnya disifatkan sebagai antara benteng pertahanan umat yang terakhir.

Ada percubaan beberapa pemimpin dari Dunia Islam untuk melepaskan leher dari jerutan dan belenggu Yahudi, tetapi nyata kekuatan mereka tidak setara mana. Yahudi-Amerika hanya boleh dikalahkan dengan penyatuan di kalangan seluruh umat manusia dan unsur pemersatunya hanya ada pada Islam. Bukan Islam wayang atau dibonekakan.












Pilihanraya Amerika mengheret mata dunia untuk melihat siapa bakal menjadi boneka 'petualang manusia nombor satu' kerana demokrasi bagi sebuah negara kapitalis seperti Amerika hanya sandiwara yang mengelabui setiap orang. Di belakang latar pentas politiknya ada segerombolan pelobi Yahudi yang menentukan siapa Presiden Amerika dan bagaimana negara itu harus ditadbir. Bidak sudah diatur di papan catur. Langkah sudah diukur, setiap gerak sudah dibaca dan natijahnya sudah diduga.

Ramai yang terpedaya, tersasul melatah dan mengimpikan akan ada perubahan terhadap dasar Amerika. Meraikan kemenangan Obama tidak akan 'mengayakan' negara miskin, ia tidak akan 'mengutarakan' negara selatan dan tidak akan meningkatkan taraf atau kelas Negara Dunia Ketiga menjadi Negara Dunia Kedua atau Pertama. Memang Obama bukan Bush atau MacCain, tetapi dalang mereka adalah sama dan mempunyai agenda yang serupa. Pelobi Yahudi hanya mencalit lakar terakhir dari sebuah gambaran besar; calitan itu rupa-rupanya membentuk wajah Obama, maka dinobatlah Obama menjadi presiden.

Negara-negara Islam di seluruh pelosok dunia menaruh harapan dan menyandarkan sentimen pada Obama. Para leluhurnya dari bumi Kenya beragama Islam walau sebelah ibunya seorang wanita berkulit putih dari Kansas. Lahir di Hawaii dan dibesarkan di Indonesia, Obama pasti memiliki titik lembut terhadap Dunia Islam. Lagipun namanya menggambarkan segala-galanya - Barack Hussein Obama. Apabila ditanya orang mengenai maksud 'Barack', beliau menerangkan bahawa ia berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud 'restu Tuhan' dan kemungkinan 'barakah'. Berdasarkan beberapa perkiraan ini, Obama tentunya lebih cenderung untuk menukar dasar Bush yang anti-Islam, memanggil balik tentera Amerika yang sedang mengganas di Iraq dan Afghanistan serta membantu membanteras Islamophobia di kalangan orang Amerika.

Tanah kubur politik Bush masih merah, manakala MacCain masih dalam 'idah politik lagi sedang Obama sudah menunjukkan belang dan kepatuhannya menurut telunjuk Yahudi. Beliau melantik Rahm Emanuel sebagai Ketua Staf, seorang Yahudi yang pernah berkhidmat dengan tentera Israel. Perlantikan ini disifatkan oleh akhbar-akhbar Israel sebagai "orang kita di Rumah Putih". Diaspora Yahudi akan berakhir. Amerika akan menjadi jurubicara Israel untuk mengganyang mana-mana negara Islam yang dianggap sebagai ancaman kepada mereka.

Sementara itu, Obama tidak akan mampu menyelesaikan krisis kewangan yang sedang melanda Amerika. Amerika hampir muflis. Seluruh struktur ekonominya sedang berantakan dan sukar untuk dibaik-pulih. Beliau terpaksa memilih jalan peperangan untuk menyelesaikannya. Negara-negara Islam akan dikambinghitamkan. Proses penyembelihannya akan bermula dengan menghantar isyarat perang dan ancaman kepada Iran. Iraq dan Afghanistan akan terus diceroboh. Seluruh tindakan ini perlu untuk sekurang-kurangnya 'menghidupkan kembali ekonomi' Amerika justeru asas binaan dan paksinya adalah Ekonomi Peperangan.