About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Hannibal pernah mengepalai angkatan tentera Carthegian dalam peperangan Punic melawan kuasa besar Rom suatu ketika dahulu. Kewiraperkasaannya menimbulkan kegentaran yang bukan kepalang di kalangan musuh-musuhnya. Kebenciannya terhadap bangsa Rom terbina semenjak beliau masih kecil lagi sehingga tersebar sumpahnya yang terkenal untuk memerangi Rom habis-habisan apabila dewasa kelak. Hannibal dianggap musuh paling tegar bangsa Rom justeru pernah mengakibatkan 70,000 daripada 100,000 orang tentera Rom tewas dan rebah menyungkur bumi dalam salah satu siri peperangannya melawan empayar Rom. Dia amat ditakuti dan bayangan wajahnya boleh menyebabkan orang Rom bertempiaran lari, bersembunyi dan mematikan diri.


Ungkapan Hannibal ad portas ( Hannibal di depan pintu pagar ) digubah sebagai tanda amaran kepada orang-orang Rom tentang kemerbahayaan yang berada di perambangan. Namun, ungkapan tersebut terus digunakan sehingga kini dengan membawa maksud 'negara kita dalam bahaya'. Ia tanda isyarat berwarna merah dan bunyi gendang kewaspadaan bangsa terhadap sebarang mara bahaya.

Setelah berlabuhnya tirai 2008 dan terbitnya fajar 2009, bangsa dan Tanah Melayu kita akan berhadapan dengan pelbagai realiti meruncing dan memahitkan. Realiti yang menghamparkan gejala erosif dalam hampir setiap lapangan hidup serta meresap dan memakan jatidiri bangsa Melayu secara bertahap, sedikit demi sedikit, tetapi menghancurkan. Jatidiri bangsa Melayu akan lumat lantaran pekung yang membusuk dan akan memecah.

Kita berhadapan dengan realiti perpecahan dan sengketa bangsa Melayu yang semakin kronik. Sikap 'degil puak' dan 'ego kerabat' makin menjadi-jadi. Konflik kepentingan dan krisis nilai terus membiak dan menelurkan permusuhan sesama saudara sebangsa dan seagama. Kesempatan ini akan diambil oleh orang lain untuk menangguk di air keruh. Ini bukan masalah robohnya kota Melaka untuk mendirikan papan di Jawa. Segala-galanya akan hancur berantakan.

Kita menghadapi realiti gejala sosial yang semakin tenat dan parah. Anak-anak muda dan orang dewasa sama-sama berperanan menghancurkan sendi-sendi adat dan budaya bangsa, apatah lagi agama. Kita semakin jauh dari agama yang menjadi penyelamat bangsa Melayu kerana Islamlah yang telah memberi wajah dengan menyebabkan berlakunya intensifikasi jiwa dan penyegaran intelektualisme di kalangan orang Melayu hingga memungkinkan mereka menjadi bangsa unggul suatu ketika dahulu. Kita hanyut dibawa arus kemunkaran dan kefasadan. Penggasiran nilai Islam menjebakkan kita dalam anekaragam acara kemaksiatan.

Di samping itu juga, kita terpaksa mengharungi realiti hakisan wibawa bangsa setelah kaum-kaum lain semakin mengasak dan memaksa kita untuk menerima segala apa yang mereka minta. Keberanian mereka untuk meludah muka dan memijak kepala kita kian hari kian ketara. Mereka bukan sekadar mengusik hak pusaka bangsa, malah menjolok kesucian Islam yang selama ini berada di puncak mahligai bangsa Melayu.

Kita turut berhadapan dengan realiti krisis dan kemelut adab. Kita semakin janggal untuk membicarakan soal kebenaran justeru kita sendiri yang menginjak-injak kebenaran dalam kancah kepalsuan hingga melahirkan kekeliruan. Kita keliru untuk menentukan keutamaan sesuatu perkara dan gagal meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul dan menepati. Kita meraikan acara peribadi melebihi kepentingan umat. Kita meminggirkan Islam di dalam salah satu kaunter untuk mengurusi hal ehwal yang berkaitan dengannya, sedang kaunter-kaunter lain menguasai sebahagian besar kehidupan kita.

Kita juga lemas terperosok dalam masalah kepemimpinan dan kepengikutan. Gah para pemimpin bangsa sudah tidak menyegat, kerana terlalu banyak ngomong tanpa laksana dan cakap tak serupa bikin. Para pemimpin bangsa sudah tidak dapat dijadikan contoh ikutan yang benar-benar telus dan berwibawa. Mementingkan diri sendiri, amalan kronisme dan nepotisme, skandal dan pecah amanah, rakus, gelojoh dan tidak pernah berpada, terlalu identikal dengan para pemimpin kita. Kesemua gejala ini menyebabkan para pengikut ibarat anak ayam kehilangan ibu atau 'terkejut rusa' dek hilang pedoman.

Senarai ini akan terus bertambah jika kita meneliti secara saksama permasalahan bangsa Melayu yang kian tenat dan serius. Orang-orang besar, para pemimpin dan cerdik pandai orang Melayu tanpa mengira latarbelakang dan inklinasi politik harus berkumpul untuk merenung nasib masa depan bangsa Melayu yang kini ibarat telur di hujung tanduk. Jangan sampai cucu cicit kita nanti mengemis dan berdagang di bumi sendiri. Jangan jadikan Tanah Melayu bumi Palestin kedua kerana ia kini dalam bahaya, hannibal ad portas.








1 Comment:

  1. Pemuda IKS said...
    Salam,

    Masa kecik-kecik, mak tak bagi keluar pagar. Ni ayat dia, "Ha, pegilah. Ada anjjing kat luar.". Menurut artikel Burujerdi, siapa "anjing"? Hehe.

Post a Comment