About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Dalam dunia langit terbuka dan tanpa sempadan ini, kita terdedah kepada pelbagai sumber maklumat. Ada maklumat bertaraf rahsia tapi sudah menjadi pengetahuan umum. Kadang-kadang maklumat itu tidak pernah diketahui sumbernya, daripada siapa dan organisasi mana. Mungkin hasil surat layang yang diterbangkan ke seantero pelosok negara bagi menimbulkan kegemparan dan mengharapkan sesuatu akan berlaku darinya. Mungkin juga gosip si mulut celupar yang menginginkan tembelang atau aib seseorang diketahui khalayak ramai. Atau suatu komplot, konspirasi dan instigasi pihak tertentu yang mahu menimba laba dari kekeruhan suasana.

Melalui jalur lebar dan gentian optik, segala sampah sarap maklumat terkumpul untuk dikaut, diangkut dan dikitar semula oleh setiap orang. Ada kalanya sistem penapisan tidak berfungsi dengan elok hingga sampah sarap maklumat tidak diproses dengan cermat, tekun dan teliti. Hasilnya tetap sampah dan tidak menghasilkan apa-apa yang bermanfaat bahkan boleh mendatangkan penyakit yang memudaratkan.

Dalam masyarakat Melayu kini, kita dihadapkan dengan seribu satu warna gambaran dan aneka macam maklumat. Bangsa Melayu pada umumnya sedang dilanda oleh dua jenis gelombang besar yang bakal meranapkan seluruh institusi dan tret budayanya. Gelombang-gelombang ini sedang membentuk riak dan mengumpul kekuatannya untuk memusnahkan bangsa Melayu dan menjadikannya 'padang jarak padang terkukur'. Gelombang-gelombang ini berurat dan berakar dari masyarakat Melayu sendiri. Ia bakal menghancur lumat bangsa Melayu menjadi sampah sarap sejarah.

Pada ketika ini, bangsa Melayu seolah-olah keliru untuk berada di pihak mana hasil perpecahan yang begitu ketara dan amat dirasai di kalangan mereka. Siapa yang benar dan siapa pula yang salah? Kumpulan mana yang benar-benar ingin membawa kesejahteraan dan keadilan dan kumpulan mana pula sebaliknya? Terlalu besar kawasan kelabu yang memeningkan kepala dan mengelirukan. Banyak aspek yang perlu perincian dan penelitian untuk mendapat gambaran yang sebenar tentang apa yang menjadi masalah bangsa Melayu.

Dari soal perubahan kerajaan, penghakisan suara dan kuasa, ketidakadilan sistem, parti-parti politik, tokoh-tokoh pemimpin, wawasan dan halatuju, orientasi isu dan manipulasi, akhlak dan prinsip, mubahalah dan muzakarah - kesemuanya sedang dibaur dalam suatu kancah yang akan menjana kekuatan gelombang-gelombang tadi.

Pada peringkat akar umbinya, bangsa Melayu nyata sedang keliru dan dikelirukan. Mungkinkah ia akan berakhir sepertimana monolog Hang Too Wah setelah membunuh Hang Jee Bah, 'adakah aku yang benar atau Jebat?'. Pada ketika itu nanti, 'nasi sudah menjadi bubur'.


0 Comments:

Post a Comment