About Me

My Photo
burujerdi
Cinta kepada kerabat keluarga Rasulullah dan kasih kepada Tanah Melayu dan Iran. Sangat gembira bila berada di samping kawan-kawan.
View my complete profile

Tun Dr Mahathir

""...today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." - Tun Dr Mahathir Mohamad, describing how Jews get the dumb goyim to fight their wars for them.

Anti Politik Wang

Anti Politik Wang

Amerisrael

Saban hari kita sekadar mendengar dan membaca tentang kenyataan-kenyataan yang sangat-sangat berbau perkauman. Ia datang daripada kelompok yang merasa diri mereka 'tidak berapa selamat' atau kalangan 'yang diberi peha nak naik ke muka'. Dalam perlembagaan Malaysia sudah terpahat kemas peruntukan-peruntukan yang memelihara kerukunan dan menjamin keharmonian berasaskan semangat 'perkongsian kuasa' yang sudah termeteri dahulu ( walau dalam beberapa aspek agak longgar ). Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mencabul dan memperkotak-katikkannya. Sebarang percubaan untuk cuba menjolok sarang tebuan akan pasti mendapat sengatnya.

Dalam akhbar The Star keluaran 3 September, 2008 ruangan Your Opinion, 3 pucuk warkah dimuatkan kelihatan seolah-olah mendambakan sebuah masyarakat majmuk yang tulen tanpa prasangka kaum. Namun, di sebalik ungkapan-ungkapan ayat yang tertulis, nyata mengimbaukan suara perkauman jati yang tiada kompromi. Soal ketuanan Melayu disangsi dan dipertikaikan. Soal wibawa Islam dicabar. Bangsa Melayu dilihat sebagai suatu bangsa zalim yang memperkosa hak kaum-kaum lain di bumi Melayu ini. Hanya kerana suatu kenyataan 'yang terlebih semangat' dalam demam pilihanraya baru-baru ini, segala kelemahan bangsa Melayu didedah, haknya diinjak, maruahnya dipalit dan kesabarannya diuji. Kita tidak hendak menari mengikut rentak dan alunan lagu perkauman, tetapi jangan sampai ia merendah-rendahkan martabat minda, maruah dan kebijakan orang Melayu. Sudah cukup lama kita menyaksikan 'orang lain' merajalela membidak catur kuasa, mengagih-agihkan khazanah dan kekayaan bumi serta sewenang-wenang 'membeli' harga diri orang Melayu. Sudah cukup lama kita membiarkan 'orang lain' bersandiwara menunjukkan kesetiaan terhadap bumi ini, namun di sebalik itu semua, mereka mempunyai suatu matlamat utama yang hendak dicapai - menjadikan orang Melayu ibarat 'melukut di tepi gantang' , 'mengemis di bumi sendiri' sehingga realiti 'bumi dipijak milik orang' suatu kenyataan.

Panas yang masih lagi terasa bahangnya akibat dari tuntutan demi tuntutan yang dibuat oleh Saqoi ( entah apa namanya ) , Hindraf, kes wanita ( yang kononnya rakyat keturunan China ) yang disuruh telanjang dalam balai polis, tindakan biadab Wee Meng Chee dan percikan-percikan api di sana sini - akan kembali memanas dan membahang dan dengarnya ada satu pihak yang akan berpiket esok untuk membantah pembinaan tapak perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, Ampang. Sampai bila keadaan ini akan dibiar berlarutan tanpa henti. Belum masalah-masalah sensitif lain yang turut disinggung dan disondol oleh mereka.
Akhirnya, quo vadis ( ke arah mana ) bangsaku?

0 Comments:

Post a Comment